KENALI SKTP



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Permata telah dibuka pada 2 Disember 1990. Terletak di Lot 13788 serta mempunyai keluasan tanah seluas 7.5 ekar dan dikelilingi kawasan perumahan Taman Permata. Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Daud bin Abd Hamid. Pada mulanya murid tahun satu ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Taman Permata selama setahun. Ini adalah kerana bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Permata belum siap dibina.

            Pada awal tahun 1992, barulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri. Pada tahun pertama ianya dibuka, bilangan pelajarnya seramai 140 orang dan hanya menggunakan bangunan di Blok A sahaja. Julai 1992, barulah bangunan di Blok B dapat disiapkan dengan sepenuhnya dan pentadbir baru mula bertugas. September 1992, dengan rasminya Tuan Hj. Jamlus bin Hj. Abu Bakar menjadi guru besar kedua di SKTP.  

,Murid silih berganti dan begitu juga dengan guru besarnya. Tuan Hj. Jamlus diganti oleh Tuan Hj. Mushahar bin Nordin. Di bawah pentadbirannya SKTP terus maju. Pencapaian demi pencapaian diperolehi. Permata semakin menampakkan sinarnya. Namun demikian, Tuan Hj. Mushahar tidak dapat meneruskan khidmatnya lebih lama di SKTP kerana faktor usia dan selepas persaraan beliau tempatnya digantikan oleh  Encik Abdul Aziz bin Md. Ali.

Tanggal 1 Mac 1998 Encik Abdul Aziz mula mengambil alih untuk menerajui SKTP sebagai guru besar keempat sehingga Oktober 2001. Di bawah pimpinan beliau, SKTP semakin cemerlang terutamanya dalam bidang sukan dan olahraga. Pada  penghujung  pentadbiran beliau SKTP  telah mendapat kelulusan untuk menambah sebuah blok  bangunan baru setinggi empat tingkat dan sebuah blok makmal komputer.

            Mulai 1 Disember 2001, pentadbiran SKTP diterajui oleh Puan Noraini binti Din. Beliau merupakan guru besar kelima dan  mentadbir SKTP  sehingga kini.  Setelah siap pembinaan bangunan baru  sepenuhnya maka pada Jun 2003, SKTP telah  memulakan sidang  persekolahan  dalam satu sesi iaitu pagi sahaja dengan jumlah murid  telah mencecah seramai 677 orang manakala bilangan guru  seramai 35 orang  dengan dibantu oleh tiga orang staf sokongan.
            Di bawah  pentadbiran Pn Noraini  juga SKTP meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun koakademik dan kokurikulum. Kelas pendidikan prasekolah bermula pada 2004 dengan murid sulungnya seramai 25 orang diikuti pula dengan pembukaan kelas Integrasi Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran ) pada tahun 2008. Ia bermula  dengan seorang murid dengan dibimbing oleh 2 orang guru  pendidikan khas dengan dibantu oleh seorang pembantu murid.

            Pada tahun 2011, jumlah guru  telah bertambah kepada 57 orang, staf sokongan seramai lima orang dan empat pembantu murid. Manakala keseluruhan kelas aliran  perdana berjumlah  20  buah, sebuah kelas prasekolah dan lima buah kelas  pendidikan khas.

            Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SKTP  di peringkat negeri dan kebangsaan terutamanya dalam bidang koakademik. Sementara dalam bidang akademik pula SKTP berada dalam kumpulan Band 2 bagi sesi 2010 dan 2011.

Pada Mac 2012, SK Taman Permata dibawah pentadbiran Pn. Che Junainah meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah khasnya kecemerlangan UPSR.
 Seramai 19 orang mendapat 5A, 12 orang mendapat 4A 1B. Peratus lulus 80.05 dan GPS : 1.94. Seorang murid Pendidikan Khas mendapat 3A 2B. Kejayaan ini akan member semangat kepada semua warga SKTP. Diharap dengan kerjasama semua pihak SKTP terus maju dengan cemerlang dan gemilang.

    SENARAI NAMA GURU BESAR SK TAMAN PERMATA
BIL
NAMA
TARIKH PERKHIDMATAN
1
Tn. Hj Daud bin Abdul Hamid
Dis 1990 – Sep 1992
2
Tn. Hj Jamlus bin Abu Bakar
Sep 1992 – Okt 1996
3
Tn. Hj Mushahar bin Nordin
Ok 1996 – Feb 1998
4
En. Abdul Aziz bin Mohd Ali
Mac 1998 – Okt 2001
5
Pn. Noraini bt Din
Dis 2001 – Feb 2012
6
Pn. Che Junainah bt Abd Rahman
Mac 2012 – Sekarang



PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMATA

Guru Besar Pertama
Tuan Hj. Daud b. Abd Hamid
( Disember 1990 - September1992)

Guru Besar Ke-2
Tuan Hj. Jamlus b. Hj Abu Bakar
( September 1992 - Oktober 1996)


 Guru Besar Ke-3
Tuan Hj Mushahar b. Nordin
(Oktober 1996 - Februari 1998)


 Guru Besar Ke-4
Encik Abdul Aziz b. Md. Ali
(Mac 1998 - Oktober 2001)


 Guru Besar Ke-5
Pn. Noraini bt Din
(Disember 2001 - Februari 2012)


 Guru Besar Ke-6

Pn. Che Junainah bt Abd. Rahman
Mac 2012 - Sekarang








No comments:

Post a Comment